الأمور بمقاصدها
MAKNA :
1) AL-UMUR ( الأمور )
Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari seseorang manusia sama ada melakukan atau meninggalkan merangkumi perbuatan, kata-kata atau niat.
2) AL-MAQASID ( المقاصد )
Perkataan Al-Qasdu yang bermaksud niat.
3) AL-UMUR BI MAQOSIDIHA ( الأمور بمقاصدها )
Segala perbuatan dan tingkah laku atau urus niaga (muamalat) dan sebagainya adalah berdasarkan niat.
DALIL-DALIL :
➤ AL-QURAN,
ومن يخرج من بيته مهاجر ا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله
Ertinya: Dan Barangsiapa berhijrah di jalan ALLAH, nescaya mereka akan mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki)yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud hijrah kerana ALLAH dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya (sebelum samapi kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju) , maka sesungguhnya pahalanya telah ditetapkan di sisi ALLAH . Dan sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
➤ AS-SUNNAH,
حديث عمر بن الخطاب ؛ قال سمعت رسول الله يقول انما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرى ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته الى دنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الى ما هاجر إليه
(رواه البحاري)
Maksudnya: " Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. siapa yang hijrahnya kerana ( ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan rasulnya .Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan"
RUKUN-RUKUN KAEDAH :
1) AL-UMUR ( الأمور )
- Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari manusia.
2) BI MAQOSIDIHA ( بمقاصدها )
- Sah atau batalnya sesuatu perkara yang bergantung kepada niat.
SYARAT-SYARAT :
1) ٍٍٍSyarat Kaedah ( القصد/ المكلف )
- Islam
- Keahlian (Mumayiz, Berakal, Baligh)
2) Syarat Al-maqasid ( عملا )
- Perbuatan diketahui bagi orang yang berniat, jika seorang yang jahil tidak sah ibadatnya.
- Perbuatan yang mampu dilakukan oleh mukalaf dari sudut akal, syara' dan adat.
- Hendaklah perbuatan tertentu ( contoh: ibadat).
- Diusahakan oleh diri sendiri.
3) Syarat Niat ( القصد )
- Tidak boleh berlawanan dengan syariat Allah S.W.T.
- Serentak dengan perkara yang diniatkan.
- Tidak melakukan perkara yang berlawanan dengan niat.
- Yakin dengan nait dan tidak teragak-agak.
- Ikhlas kerana Allaah S.W.T.
⇨ Contoh: Niat hendak membatalkan solat.
Daripada Imam Syafie, Kalau niat nak batalkan solat, maka batal solat.
TEMPAT NIAT ( المكان النيات )
- Niat di dalam hati tidak sekadar lafaz.
- Lafaz niat yang dilakukan oleh nabi di dalam ibadah iaitu ibadah haji sahaja.
- Dalam Mazhab Syafie boleh mustahabbah untuk lafaz niat supaya membantu ketetapan hati.
WAKTU NIAT ( الوقت النيات )
- Diawal ibadat.
- Boleh diawalkan seperti takbiratul ihram dan zakat.
- Wajib didahulukan niat seperti puasa.
KENAPA DISYARIATKAN BERNIAT
- Untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
- Membezakan antara perbuatan dengan yang lain seperti :
→ membezakan adat dan ibadat.
→ membezakan di antara darjat sesuatu ibadat seperti solat wajib dan solat sunat.
0 comments:
Post a Comment