الضرر يزال
Kaedah Terbitan bagi Kaedah Asas ( الضرر يزول ) antaranya :
⏩ (الضرر لا يزال بالضرر) bermaksud : kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan
⏩ (الضرر الاشد يزال بالضرر الاخف) bermaksud : kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan lebih ringan.
⏩ (نحيتا اهون الشرين) bermaksud : Dipilih paling ringan antara dua keburukan.
⏩ (درء المفاسد مقدم على جلب المصالح) bermaksud : membendung kerosakan lenih diutamakan daripada mengambil manfaat.
⏩ (الضرر يدفع بقدر الامكان) bermaksud : kemudaratan perlu dibendung semampu yang dapat dilakukan.
PENGERTIAN KAEDAH DAN HURAIAN:
- Kaedah tersebut berasal dari pada kaedah yang panjang, iaitu (لا الحاق ضرر باحد وفعل ضرار مع احد) maksudnya: Tidak boleh sesuatu yang membawa kerosakan kepada orang lain serta tidak boleh membuat apa yang membawa kerosakan kepada orang lain, begitu juga orang lain terhadap orang lain.
- Maksud darar (ضرر) ialah: sesuatu yang membawa kepada kemudaratan kepada manusia. seterusnya kaedah asas ini membawa kepada maksud: sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan ataupun perkara merbahaya itu hendaklah dihilangkan.
HUKUM DARIPADA KAEDAH:
- Perkara berkaitan muamalat, iaitu disyariatkan kyiar terhadap barang dibeli ada cacat atau memulangkan barang dibeli ada aib.
- Harus membunuh binatang membahaya dan merosakkan, seperti: Ular tedung dan anging gila.
- seseorang wajib menjaga diri dan berubat dari sebarang penyakit.
DALIL KAEDAH:
➧ Al- Quran
والله لا يحب المفسدين
Maksudnya : Sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan,
(Surah al-Ma'idah 5:64)
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: tidak mudarat (bahaya) dan tidak memudaratkan. (ibn majah,al-ahkam:2334)

0 comments:
Post a Comment