Pages

اليقين لا يزول بالشك



اليقين لا يزول بالشك

Pengertian Kaedah

➤ Yakin ( اليقين ) 

Bahasa : Pasti
Istilah  : Ketenangan hati di atas sesuatu hakikat

Syakk ( الشق )

  • Ragu-ragu antara dua perkara yang bertentangan

➤ Maksud Kaedah Ijmaliah 
  • Perkara yang diyakini berlakunya (batal) sama dengan tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti (dalil qot'i) dan ianya tidak dihukumkan dengna hilangnya keyakinan tadi. Begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku (tidak sabit berlaku) maka tidak dihukumkan sabit berlaku hanya dengan syak wasangka kerana syak wasangka lebih lemah daripada yakin.


Dalil-Dalil

: (من الكتاب )

(28 قوله تعالى : (إن الظن لا يغني من الحق شيئا) (النجم 

Maksudnya: Dan mereka tidak mempunyai ilmu tentang itu, mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan dan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.

:من السنة 

، حديث : شكي رجل إلى النبي أنه يخيل إليه انه يجد الشئ في الصلاة، قال 
لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا" مسلم"

Contoh 1

Soalan : Orang yang berada dalam keadaan suci kemudian dia syak dia berhadas, maka apa hukumnya?

Jawapan:- 

Pendapat:

Imam Ahmad / Abu Hanifah

- dia yakin dia tidak berhadas 

Imam Malik

- Wajib keatasnya berwuduk dikira berhadas bersadarkan kaedah syak di dalam syarak (wuduk) menjadi penghalang. Kaedah Imam Malik :

الشك في الشط مانع من ترتيب المشروط

maksudnya : kita ada syak dalam solat kena ambil wuduk balik.

Contoh 2

Soalan: Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain kemudian yang berhutang itu syak atau ragu-ragu, adakah dia sudah menjelaskan hutangnya. Hukumnya?

Jawapan: Hukum hutang itu kekal kerana ia yakin hutangnya kekal.


Pecahan daripada اليقين لا يزول بالشك ialah : 


1) الأصل براءة الذمة

Konsep

Keadaan asal seseorang itu suci daripada tanggungjawab

Makna الأصل

Kaedah berterusan (القاعدة الثابتة) 

Makna الذمة

Jiwa atau zat (ذات/النفس)


معنى إجمالها


- Kaedah yang berterusan bahawa manusia itu suci (tiada tanggungjawabnya) daripada sesuatu kewajipan. Keadaannya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengan kaedah asal.
- Orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal/berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal.


Contoh :
  • Orang yang meminjam sesuatu mendakwa sudah memulangkan barang yang dipinjam maka dakwaan diterima kerana kaedah الأصل براءة الذمة.
= Tidak diterima dakwaannya golongan kedua kecuali dengan mendatangkan dua saksi atau bersumpah dengan seorang saksi.

Dalil:


الحديث النبى
(( البينة على المدعى واليمين على من أنكرا ))

Perlu kemukakan bukti orang yang mendakwa dan orang yang dituduh perlu bersumpah tuduhan keatasnya.




2) الأصل بقاء ما كان على ما كان

(Asal kekal sesuatu itu mengikuti apa yang ada sebelumnya)

Dari masalah (استصحاب)

-Mengikuti hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya digunakan ulama usul.

(( استصحاب الأصل))

-Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap
-Kekal sesuatu yang berlaku pada masa lalu mengikut tetap/sabit pada masa lalu

Contoh 1 :

Seorang suami keluar rumah dan tinggalkan isterinya dalam masa yang lama dan tidak tahu kemana hilang
Hukum - Isteri tidak boleh bekahwin kerana suami tidak melafazkan cerai.

Contoh 2 :

Seseorang makan tengahhari ketika berpuasa, serta dia syak samada matahari sudah terbenam atau belum.
Hukum - Batal puasanya kerana pada asalnya matahari belum terbenam



3) الأصل العدم
(( الأصل في الصفات العارضة العدم))
Asal segala sesuatu itu tiada

*Semua perkara baru atau mendatang itu tiada

*Suatu sifat tiada asalnya/sifat yang datang kemudian tidak dikira jika sudah ada yang lama

*((Kalau yang asal dah ada tetap kena ikut pada yang asal))

Contoh :

Terdapat selisih fahaman antara penjual & pembeli, satu pihak mengatakan jual beli telah diikat kepada syarat tertentu, tetapi satu pihak menafikan.

- Maka pihak yang mngatakan akad tidak diikat/tidak dikira oleh kerana tiada asalnya.


4) الأصل في الأبضاع التحريم
Hukum asal seagama adalah haram

1)Asal haram adalah melakukan persetubuhan
2)Persetubuhan dengan perempuan adalah haram kecuali dengan pernikahan

* Maksud bagi hukum diatas adalah haram bagi seseorang lelaki untuk melakukan persetubuhan/berzina dengan seorang perempuan yang beragama Islam (seagama) kecuali dengan pernikahan.

Contoh bagi pernikahan yang diharamkan atau tidak sah :

1) Perkahwinan bersama saudara susuan.
2) Ali tidak yakin atau ragu-ragu dengan syarat nikah, maka dia tidak boleh bersama isterinya kerana jatuh kepada hukum haram




5) الأصل الأشياء الإباحة
((Hukum asal dari sesuatu adalah harus (mubah) sehingga ada dalil))

Maksud :

Jika tiada nas yang sah atau terang bagi menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap dikira seperti asal.

Dalil :


القرآن 
هو الذي خلق لكم ما في الأرض جميعا البقرة29

الحديث
الحديثالحلال ما أحل الله في كتابه والحرام ما حرم الله في كتابه وما سكت عنه فهو مما عفالكم ترمذي حاكم

0 comments:

Post a Comment