Pages

العادة محكمة


العادة محكمة

Kaedah terbitan bagi kaedah asas (العادة محكمة) ialah:

  1. (كل ما شهد به العاده قضى به) bermaksud: Apa yang telah diiktiraf adat (sebagai harus atau haram) dihukum dengannya.
  2. (انما تعتبر العادة اذا اطردت او غلبت) bermaksud : sesungguhnya adat yang diterima pakai apabila ia berlaku berterusan atau menjadi kebiasaan.
  3. (الحقيقة تترك بدلالة العادة) bermaksud : Hakikat ditinggalkan dengan adanya petunjuk adat.



PENGERTIAN KAEDAH DAN HURAIAN:

  • Apa yang dimaksudkan dengan kehujahan dan menerima al'adah sebagai sumber hukum ialah beramal dengannya al'adah tidak dianggap sebagai hujah jika ia menyalahi dalil-dalil dan hukum syarak yang tetap dan tidak berubah,walaupun suasana dan adat berubah.



DALIL KAEDAH:

⧫ Firman Allah :

خذ العفو وامر بالعرف واعرض عن الجهلين

Maksudnya: Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil(yang degil dengan kejahilannya). (Surah al-A'raf 7:199)

⧫ Hadith:

فما راه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن, وما رأوه سيئا فهو عند الله سيئ

Maksudnya: Apa yang dinilai oleh kaum muslimin baik, ia adalah baik di sisi Allah. Apa yang dinilai buruk oleh kaum muslimin, buruklah ia di sisi Allah. (al-Tabrani, Bab Zai: 3722)

الضرر يزال




الضرر يزال


Kaedah Terbitan bagi Kaedah Asas ( الضرر يزول ) antaranya :

⏩ (الضرر لا يزال بالضرر) bermaksud : kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan

⏩ (الضرر الاشد يزال بالضرر الاخف) bermaksud : kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan lebih ringan.

⏩ (نحيتا اهون الشرين) bermaksud : Dipilih paling ringan antara dua keburukan.

⏩ (درء المفاسد مقدم على جلب المصالح) bermaksud : membendung kerosakan lenih diutamakan daripada mengambil manfaat.

⏩ (الضرر يدفع بقدر الامكان) bermaksud : kemudaratan perlu dibendung semampu yang dapat dilakukan.


PENGERTIAN KAEDAH DAN HURAIAN:
  • Kaedah tersebut berasal dari pada kaedah yang panjang, iaitu (لا الحاق ضرر باحد وفعل ضرار مع احد) maksudnya: Tidak boleh sesuatu yang membawa kerosakan kepada orang lain serta tidak boleh membuat apa yang membawa kerosakan kepada orang lain, begitu juga orang lain terhadap orang lain.
  • Maksud darar (ضرر) ialah: sesuatu yang membawa kepada kemudaratan kepada manusia. seterusnya kaedah asas ini membawa kepada maksud: sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan ataupun perkara merbahaya itu hendaklah dihilangkan.


HUKUM DARIPADA KAEDAH:
  • Perkara berkaitan muamalat, iaitu disyariatkan kyiar terhadap barang dibeli ada cacat atau memulangkan barang dibeli ada aib. 
  • Harus membunuh binatang membahaya dan merosakkan, seperti: Ular tedung dan anging gila.
  • seseorang wajib menjaga diri dan berubat dari sebarang penyakit. 

DALIL KAEDAH:

➧ Al- Quran

والله لا يحب المفسدين

Maksudnya : Sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan,
(Surah al-Ma'idah 5:64)

➧ Hadith riwayat Ibn Abbas RA:

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya: tidak mudarat (bahaya) dan tidak memudaratkan. (ibn majah,al-ahkam:2334)

المشقة تجلب التيسير


المشقة تجلب التيسير
((Kesukaran membawa kemudahan))

Apabila terdapat sesuatu keseusahan/kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah maka perintah itu diringankan tidak seperti asal.


: الدليل

وما جعل عليكم في الدين من خرج البقرة 78

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها' البقرة 286


: أهميتها

اليقين لا يزول بالشك
المشقة تجلب التيسير
الضرر يزال
العادة محكمة
الأمور بمقاصدها


Bahagian-bahagiannya :

الأمر إذا ضاق اتسع

-Sesuatu perkara apabila sempit, hukumnya luas
- Rukhsah solat/qasar/

إذا اتسع الأمر ضاق 

-Sesuatu perkara apabila luas/lapang, hukumnya sempit

اليقين لا يزول بالشك



اليقين لا يزول بالشك

Pengertian Kaedah

➤ Yakin ( اليقين ) 

Bahasa : Pasti
Istilah  : Ketenangan hati di atas sesuatu hakikat

Syakk ( الشق )

  • Ragu-ragu antara dua perkara yang bertentangan

➤ Maksud Kaedah Ijmaliah 
  • Perkara yang diyakini berlakunya (batal) sama dengan tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti (dalil qot'i) dan ianya tidak dihukumkan dengna hilangnya keyakinan tadi. Begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku (tidak sabit berlaku) maka tidak dihukumkan sabit berlaku hanya dengan syak wasangka kerana syak wasangka lebih lemah daripada yakin.


Dalil-Dalil

: (من الكتاب )

(28 قوله تعالى : (إن الظن لا يغني من الحق شيئا) (النجم 

Maksudnya: Dan mereka tidak mempunyai ilmu tentang itu, mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan dan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.

:من السنة 

، حديث : شكي رجل إلى النبي أنه يخيل إليه انه يجد الشئ في الصلاة، قال 
لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا" مسلم"

Contoh 1

Soalan : Orang yang berada dalam keadaan suci kemudian dia syak dia berhadas, maka apa hukumnya?

Jawapan:- 

Pendapat:

Imam Ahmad / Abu Hanifah

- dia yakin dia tidak berhadas 

Imam Malik

- Wajib keatasnya berwuduk dikira berhadas bersadarkan kaedah syak di dalam syarak (wuduk) menjadi penghalang. Kaedah Imam Malik :

الشك في الشط مانع من ترتيب المشروط

maksudnya : kita ada syak dalam solat kena ambil wuduk balik.

Contoh 2

Soalan: Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain kemudian yang berhutang itu syak atau ragu-ragu, adakah dia sudah menjelaskan hutangnya. Hukumnya?

Jawapan: Hukum hutang itu kekal kerana ia yakin hutangnya kekal.


Pecahan daripada اليقين لا يزول بالشك ialah : 


1) الأصل براءة الذمة

Konsep

Keadaan asal seseorang itu suci daripada tanggungjawab

Makna الأصل

Kaedah berterusan (القاعدة الثابتة) 

Makna الذمة

Jiwa atau zat (ذات/النفس)


معنى إجمالها


- Kaedah yang berterusan bahawa manusia itu suci (tiada tanggungjawabnya) daripada sesuatu kewajipan. Keadaannya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengan kaedah asal.
- Orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal/berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal.


Contoh :
  • Orang yang meminjam sesuatu mendakwa sudah memulangkan barang yang dipinjam maka dakwaan diterima kerana kaedah الأصل براءة الذمة.
= Tidak diterima dakwaannya golongan kedua kecuali dengan mendatangkan dua saksi atau bersumpah dengan seorang saksi.

Dalil:


الحديث النبى
(( البينة على المدعى واليمين على من أنكرا ))

Perlu kemukakan bukti orang yang mendakwa dan orang yang dituduh perlu bersumpah tuduhan keatasnya.




2) الأصل بقاء ما كان على ما كان

(Asal kekal sesuatu itu mengikuti apa yang ada sebelumnya)

Dari masalah (استصحاب)

-Mengikuti hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya digunakan ulama usul.

(( استصحاب الأصل))

-Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap
-Kekal sesuatu yang berlaku pada masa lalu mengikut tetap/sabit pada masa lalu

Contoh 1 :

Seorang suami keluar rumah dan tinggalkan isterinya dalam masa yang lama dan tidak tahu kemana hilang
Hukum - Isteri tidak boleh bekahwin kerana suami tidak melafazkan cerai.

Contoh 2 :

Seseorang makan tengahhari ketika berpuasa, serta dia syak samada matahari sudah terbenam atau belum.
Hukum - Batal puasanya kerana pada asalnya matahari belum terbenam



3) الأصل العدم
(( الأصل في الصفات العارضة العدم))
Asal segala sesuatu itu tiada

*Semua perkara baru atau mendatang itu tiada

*Suatu sifat tiada asalnya/sifat yang datang kemudian tidak dikira jika sudah ada yang lama

*((Kalau yang asal dah ada tetap kena ikut pada yang asal))

Contoh :

Terdapat selisih fahaman antara penjual & pembeli, satu pihak mengatakan jual beli telah diikat kepada syarat tertentu, tetapi satu pihak menafikan.

- Maka pihak yang mngatakan akad tidak diikat/tidak dikira oleh kerana tiada asalnya.


4) الأصل في الأبضاع التحريم
Hukum asal seagama adalah haram

1)Asal haram adalah melakukan persetubuhan
2)Persetubuhan dengan perempuan adalah haram kecuali dengan pernikahan

* Maksud bagi hukum diatas adalah haram bagi seseorang lelaki untuk melakukan persetubuhan/berzina dengan seorang perempuan yang beragama Islam (seagama) kecuali dengan pernikahan.

Contoh bagi pernikahan yang diharamkan atau tidak sah :

1) Perkahwinan bersama saudara susuan.
2) Ali tidak yakin atau ragu-ragu dengan syarat nikah, maka dia tidak boleh bersama isterinya kerana jatuh kepada hukum haram




5) الأصل الأشياء الإباحة
((Hukum asal dari sesuatu adalah harus (mubah) sehingga ada dalil))

Maksud :

Jika tiada nas yang sah atau terang bagi menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap dikira seperti asal.

Dalil :


القرآن 
هو الذي خلق لكم ما في الأرض جميعا البقرة29

الحديث
الحديثالحلال ما أحل الله في كتابه والحرام ما حرم الله في كتابه وما سكت عنه فهو مما عفالكم ترمذي حاكم


الأمور بمقاصدها


MAKNA :

1) AL-UMUR ( الأمور )

Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari seseorang manusia sama ada melakukan atau meninggalkan merangkumi perbuatan, kata-kata atau niat.


2) AL-MAQASID ( المقاصد )

Perkataan Al-Qasdu yang bermaksud niat.


3) AL-UMUR BI MAQOSIDIHA ( الأمور بمقاصدها )

Segala perbuatan dan tingkah laku atau urus niaga (muamalat) dan sebagainya adalah berdasarkan niat.


DALIL-DALIL : 

➤ AL-QURAN,

ومن يخرج من بيته مهاجر ا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله

Ertinya: Dan Barangsiapa berhijrah di jalan ALLAH, nescaya mereka akan mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki)yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud hijrah kerana ALLAH dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya (sebelum samapi kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju) , maka sesungguhnya pahalanya telah ditetapkan di sisi ALLAH . Dan sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


➤ AS-SUNNAH,

حديث عمر بن الخطاب ؛ قال سمعت رسول الله يقول انما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرى ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته الى دنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الى ما هاجر إليه
(رواه البحاري)

Maksudnya: " Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. siapa yang hijrahnya kerana ( ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan rasulnya .Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan"



RUKUN-RUKUN KAEDAH :

1) AL-UMUR ( الأمور )
  • Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari manusia.
2) BI MAQOSIDIHA ( بمقاصدها )
  • Sah atau batalnya sesuatu perkara yang bergantung kepada niat.

SYARAT-SYARAT :


1) ٍٍٍSyarat Kaedah ( القصد/ المكلف ) 
  • Islam
  • Keahlian (Mumayiz, Berakal, Baligh)
2) Syarat Al-maqasid ( عملا )
  • Perbuatan diketahui bagi orang yang berniat, jika seorang yang jahil tidak sah ibadatnya.
  • Perbuatan yang mampu dilakukan oleh mukalaf dari sudut akal, syara' dan adat.
  • Hendaklah perbuatan tertentu ( contoh: ibadat).
  • Diusahakan oleh diri sendiri.
3) Syarat Niat ( القصد )
  • Tidak boleh berlawanan dengan syariat Allah S.W.T.
  • Serentak dengan perkara yang diniatkan.
  • Tidak melakukan perkara yang berlawanan dengan niat.
  • Yakin dengan nait dan tidak teragak-agak.
  • Ikhlas kerana Allaah S.W.T.
  ⇨ Contoh: Niat hendak membatalkan solat.
                     Daripada Imam Syafie, Kalau niat nak batalkan solat, maka batal solat.


TEMPAT NIAT ( المكان النيات ) 
  • Niat di dalam hati tidak sekadar lafaz.
  • Lafaz niat yang dilakukan oleh nabi di dalam ibadah iaitu ibadah haji sahaja.
  • Dalam Mazhab Syafie boleh mustahabbah untuk lafaz niat supaya membantu ketetapan hati.

WAKTU NIAT ( الوقت النيات )
  • Diawal ibadat.
  • Boleh diawalkan seperti takbiratul ihram dan zakat.
  • Wajib didahulukan niat seperti puasa. 

KENAPA DISYARIATKAN BERNIAT

  1. Untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
  2. Membezakan antara perbuatan dengan yang lain seperti :

           → membezakan adat dan ibadat.
           → membezakan di antara darjat sesuatu ibadat seperti solat wajib dan solat sunat.